‘Solo Sketching’ sempena menyambut kedatangan Ramadan

Sabtu lalu dua hari sebelum Ramadan, saya telah ke Tasik Titiwangsa dengan membawa peralatan melukis. Tidak dirancang sebenarnya. Saya sebenarnya mahu ke Balai Seni Lukis Negara berjumpa Tuan Osman Akbar. Tetapi saya mengambil keputusan untuk ke Tasik Titiwangsa dahulu meninjau-ninjau sekiranya ada lokasi yang menarik untuk dijadikan subjek. Alhamdulillah saya sempat menyiapkan sebuah lukisan berukuran A4 dalam cuaca yang agak lembab kerana hujan yang turun sejak pagi. Mungkin kerana suhu yang agak nyaman, saya tenang menyiapkanya sambil menghirup teh-o panas.

Sempat juga saya bertemu Tuan Osman Akbar dan bertanyakan pendapat beliau tentang lukisan yang baru saya siapkan tadi. Beliau memberi cadangan kombinasi warna dan teknik bagi menghidupkan lagi rimbunan daun pada pokok dalam lukisan saya. Seperti selalu saya memang perlu banyak berlatih dan menimba ilmu dari mereka yang lebih berpengalaman.

Osman Akbar ialah seorang pelukis cat air yang saya kira sudah agak lama namanya dikenali di dunia seni lukis tempatan. Hanya saya sahaja yang baru beberapa minggu kebelakangan ini mengenali beliau semasa membaca majalah Seni Kini terbitan BSLN. Beliau seorang yang tidak lokek ilmu dan bersedia memberi tunjuk ajar. Subjek lukisan cat air beliau mirip Ghani Osman. Pelukis cat air dari Central Market yang memilih latarbelakang Malaysia. Cuma pada pandangan saya karya Osman Akbar lebih banyak bercerita kerana beliau lebih menekankan suasana aktiviti harian rakyat Malaysia sekitar 20  ke 30 tahun lampau. Untuk berjumpa Tuan Osman Akbar, silalah ke BSLN pada setiap hari Selasa, Khamis dan Sabtu.

titiwangsa, hishamsalmin, watercolor, outdoor, sketch, kl sketchersMelukis sambil menghirup teh-o. Layan…

hisham salmin, watercolor, kl sketchers, watercolor, malaysian artist, titiwangsaTasik Titiwangsa menjanjikan banyak sudut-sudut menarik

kl sketchers, titiwangsa, hisham salmin, watercolor, malaysian artist,Osman Akbar memberi sedikit sentuhannya pada lukisan saya

titiwangsa, hisham salmin, malaysian artist, kl sketchers,Siap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *