Hilang Fokus

Motivasi saya untuk melukis agak berkurangan di awal pembuka tirai 2012. Ternyata inilah antara cabaran paling getir yang saya lalui dalam dunia seni lukis. Tentunya tidaklah sehebat mana cabaran itu. Tetapi kadang-kadang menyesakkan kepala juga. Semoga ianya adalah sesuatu yang bersifat sementara. Saya teringat kata-kata Tuan Sani Md. Dom. Memerhati juga adalah salah satu cara kita belajar. Dan saya menggunakan situasi yang saya lalui sekarang ini dengan memerhati dan mengkaji lukisan pelukis-pelukis lain. Semoga banyak pelajaran yang boleh ditimba.Contour Drawing • Kawasaki W800 • Pen on Paper

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *