Sketches Jalan Sultan, KL

Sketches Jalan Sultan, KL

Membuat Sketch Pen & Watercolor Wash perlu diselang-seli dengan membuat karya lukisan cat air sepenuhnya. Ini adalah perlu untuk mengimbangi tahap lakaran, skill melukis dan membuat kajian tentang warna. Lagipun, sepeti semua orang tau, bertapa ‘cool’nya memilik buku sketch sendiri. Hihihi… Kali ini saya ke kawasan Jalan Petaling. Simpang antara Jalan Sultan dan Jalan Tun H.S. Lee. Ini juga memang lokasi ‘favourite’ geng KL Sketchers. Terutama Siao San, Lok, Lim Bee Tat dan Kuan Ang. Cuaca agak cerah. Kawasan ini agak tenang pada awal pagi dan mula menjadi sibuk sejam kemudian.

Cabaran paling hebat melukis di kawasan ini ialah anda akan menjadi ‘Tourist Guide’. Akan ada orang bertanya anda di mana itu dan ini. Jadi, bersedialah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *