Melepak Bersama Otai

Saya terpilih menjadi salah seorang Ahli Jawatankuasa Angkatan Pelukis Semalaysia (APS). APS ialah sebuah pertubuhan seni lukis yang telah wujud sebelum kemerdekaan Malaysia. APS pernah dinaungi oleh Tunku Abdul Rahman iaitu Bapa Kemerdekaan Malaysia. Anda boleh mengetahui sejarah APS di sini.

Saya tidak tahu secara mendalam tentang APS. Tetapi sudah mendengar banyak cerita mengenai pertubuhan ini melalui pelukis-pelukis otai seperti Tuan Amiruddin Arifin, Tuan Salleh Dawam, Cikgu Maamor Jantan, Tuan Hassan Ghazali dan beberapa orang pelukis lain.  Banyak kisah yang tidak dicatatkan di mana-mana sempat saya dengar dari mereka. Dan APS sememangknya sebuah pertubuhan yang hebat. Saya berpendapat, buat masa ini tiada pertubuhan lain yang boleh menandingi kisah dan sejarah APS. Sekitar awal 90an, APS seakan lenyap begitu sahaja kerana masalah pengurusan.

Kini saya diamanahkan untuk meneruskan perjuangan mereka, bersama-sama beberapa orang ahli lama. Saya rasa ini satu penghormatan yang besar dan peluang saya untuk berbakti kepada dunia seni lukis tanahair. Hari ini, sekali lagi saya menghadiri mesyuarat APS dan juga Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di Restoran Pak Tam, Selayang yang dihadiri oleh beberapa orang AJK. Tuan Amiruddin Arifin, Tuan Salleh Dawam, Cikgu Maamor Jantan, Tuan Hassan Ghazali, Dato Mahsun, A. Zaki Hadri, Puan Aminah Abd Rahman dan beberapa lagi yang saya masih belum boleh ingat nama mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *