From Taiping with Love

Kami sekeluarga ┬áke Taiping sempena cuti sekolah hujung tahun. Kalau sudah ke Taiping, siapa lagi yang patut saya jumpa kalau bukan Abang Besar Kemunting Tuan Ismail Alias aka Cikgu Mail. Baru 5 minit kami sampai di Homestay, Cikgu Mail dah roger ajak pegi melukis. Hahaha…. Memang begitulah cara kami orang yang ada kerjaya lain selain melukis. Akan mencelah di mana ada ruang masa. Kalau tidak, memang tak akan sempat. Maklumlah, sedang bercuti bersama keluarga, tak boleh nak tunggu atau buat temujanji. Pasti tak sempat.

Cikgu Mail datang bersama Jamal Jafri, sahabatnya di Kemunting dan juga seorang guru. Kami bertiga meronda sebentar di Bandar Taiping sebelum terus ke Taman Tasik Taiping untuk memulakan operasi. Orang Taiping memang ramah. Kadang-kadang saya rasa malu tak dapat nak ‘entertain’ CIkgu Mail kalau dia datang KL. Teruk betul orang KL kan. Nasib baik saya orang Johor.

One thought on “From Taiping with Love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *