Apakah Pelukis Perlu Lalu Jalan Sukar?

Hari ni 31 Ogos..ulangtahun kemerdekaan negara yg ke 56..yg menariknya hari ni kali ke 3 aku dihalau penguatkuasa¬†Majlis Perbandaran Muar¬†kerana alasannya aku melukis tanpa permit di Dataran Tanjung Emas..macamana aku nak ada permit kalau aku mohon ko kata dah tak dikeluarkan lagi..sekarang macamana ?..aku tak boleh nak tunggu..takkan aku nak jawab pada anak aku..”abah tak boleh beli beras sayang permit melukis abah belum keluar..”..come on la beb..korang boleh bagi permit pada premis jual ARAK jual NOMBOR EKOR takkan permit untuk pelukis jalanan macam aku ni tak boleh di pertimbangkan..dan kalau betul pun permit tu dah tak dikeluarkan lagi berilah peluang aku cari sesuap nasi di bumi yg merdeka ni..dan kepada encik penguatkuasa..tak payah la nak tengking2 aku depan khalayak ramai..aku tinggi suara dgn ko pon tak..aku bukan mencuri pun..bukan jual dadah pun..bukan jual dvd haram pun..cakap elok2 kan bagus..

Park Loong Yus

2 thoughts on “Apakah Pelukis Perlu Lalu Jalan Sukar?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *