Melukis, berjuang untuk siapa?

_1240423

Beberapa kali saya dan rakan-rakan berbincang mengenai pelbagai perkara mengenai dunia seni lukis Malaysia. Walaupun perjumpaan itu sering saja dalam masa yang singkat, namun pelbagai perkara sempat disentuh. Dari soal aktiviti seni lukis di sana-sini, kisah persatuan pelukis yang mencari landasan kukuh, rumous mengenai perkembangan pelukis tempatan, politik dalam dunia seni lukis dan tidak ketinggalan tentang perkembangan dunia seni lukis kami sendiri. Tentang hala tuju seterusnya dan aktiviti yang bakal kami susun untuk tahun 2014. Bila diimbau kembali beberapa tahun lalu, apa yang saya pasti hanya ingin melukis. Melukis dan melukis. Melukis dicelah-celah rutin kehidupan harian. Melukis apabila selesai menguruskan kerja utama kami dan juga urusan rumahtangga. Tanpa mahu memikirkan soal lain dan mengharapkan lukisan boleh dijual dan jadi kaya satu hari nanti… 😛

Namun pada satu tahap saya menjadi akur bahawa itu bukan caranya dan itu bukanlah perjuangan yang betul. Perjuangan seperti itu hanyalah mencari kepuasan diri semata-mata. Mencari kepuasan diri semata-mata,ibarat menjadi manusia yang mementingkan diri sendiri. Apakah sumbangan saya? Apakah akan jadi pada generasi akan datang dan apakah akan cerah dunia seni lukis di Malaysia nanti? Bagaimana sekiranya anak-anak saya sendiri nanti juga turut mahu menjerumuskan diri mereka sama seperti ayah mereka nanti?

Mungkin beginilah cara berfikir seorang manusia melewati usia mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *