Lukisan Tradisional VS Digital. Mana lebih berkualiti dan asli?

Sekali-sekala persoalan mengenainya ditimbulkan dan dibincangkan di banyak Forum dan Group seni lukis. Dan akhirnya tidak ada jawapan yang semua orang boleh setuju. Kedua-dua jenis atau teknik lukisan ini tetap juga sebuah karya seni. Cuma mereka terpaksa dibahagikan kepada kategori yang berbeza disebabkan beberapa perkara. Melukis secara tradisional atau convensional atau lukisan manual atau apa sahaja namanya yang tidak menggunakan application atau software biasanya terdiri dari medium seperti cat-air, akrilik, cat minyak, charcoal, pensil, gouache, tempera dan banyak lagi. Sementara lukisan digital pula menggunakan application seperti Photoshop, Sketch, Paper 53 dan berpuluh lagi.

Jadi?

Pada pendapat peribadi saya, kedua-duanya kualiti dan asli. Kalau anda mahu memiliki sebuah lukisan yang mana anda sahaja pemiliknya di dunia ini, maka lukisan Tradisional adalah pilihan. Kerana walaupun ianya di cetak beribu kali, anda sahaja yang mempunyai karya asli dalam bentuk fizikal semasa ia dihasilkan. Anda boleh menyentuh dan merasanya. Manakala lukisan digital tidak memiliki ciri-ciri ini kecuali tarikh pada info fail dihasilkan.

Lorong Ceylon(small)

Lorong Ceylon2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *