Pilu

“Bila sisa kenangan yang sudah pasti itu dimusnahkan, engkau kini hidup mencari masa depan yang belum tentu.”

Pada November 2014 (kira-kira 9 bulan lepas), saya bersama rakan-rakan Maroz Khuzaini, King Marul dan Syahman Ibrahim datang melukis di Jalan Mahmud Kg. Baru. Kami ke lokasi yang saya sendiri cadangkan. Teringat sebuah rumah kayu kecil bersebelahan bangunan rumah sewa besar. Rumah kecil yang sangat unik. Saya boleh membayangkan banyak kisah-kisah menarik yang telah berlaku di dalam dan sekitar rumah ini sejak mula ia dibina. Sungguh nostalgik.

Namun hari ini, kehadiran saya untuk menjengah sekitar kawasan Kg. Baru membuatkan saya agak terkejut bila kelibat rumah itu sudah tiada. Rumah itu telah dirobohkan secara total dan digantikan dengan rumah batu sederhana yang sudah tiada ciri-ciri unik yang dimiliki rumah sebelumnya. Apa lagi yang dapat saya gambarkan. 🙁

Mungkinkah kos membaik pulih rumah kayu lebih mahal dari membangunkan sebuah rumah batu…

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *