Karya saya dalam buku Sketch City : Tips and Inspiration for Drawing on Location

Pada Mac 2014, saya menerima email jemputan dari sebuah penerbitan yang berpangkalan di China, Dopress Books. Dalam email tersebut mengandungi jemputan yang tertulis ” Press Invitation for Publishing Urban Sketching Works – no charge “. Sebagai seorang yang zuhud, saya membalas yang saya menerima jemputan untuk menyertai projek penerbitan ini tanpa merasa sesuatu yang terlalu menarik 🙂 Bukan apa, sebelum ini saya pernah juga dihubungi untuk projek yang seperti ini, iaitu penerbitan untuk kalendar.

P1310333

Wakil Dopress, editornya memilih saya untuk menyertai projek ini setelah melihat beberapa karya watercolor dan sketch saya di flickr.com/photos/hishamsalmin/ yang menurutnya sangat sesuai untuk projek buku ini. Mereka memberi saya beberapa soalan yang akan dijadikan kandungan buku. Antaranya tentang peralatan, tips, hasil karya lukisan dan sketch dan pandangan saya megenai pilihan subjek. Kami berbalas email selepas itu untuk beberapa ketika.

Email kami terhenti selepas 2 bulan proses berjalan. Selepas itu saya tidak langsung dihubungi atau saya sendiri tidak pernah bertanya mereka mengenai perkembangan buku ini.

Sehinggalah pada malam 12 Ogos 2015 (minggu lepas), Kartunis Padi menghantar beberapa keping gambar dalam group Wasap Gangsta Watakala mengenai buku sketch yang ada tertera nama saya. Sungguh tak sangka buku ini telah terbit. Paling menarik ialah saya mewakili Malaysia bersama 24 lagi pelukis dari seluruh dunia menyumbangkan karya dalam buku Sketch City : Tips and Inspiration for Drawing on Location yang di jual di seluruh dunia. Terima Kasih Allah… Syukur Alhamdulillah.

Untuk review dalam bahasa Inggeris, boleh baca di sini. parkablogs.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *