Sesi Plein-air Kuala Kubu Bharu

Sesi Plein-air yang telah berjaya diadakan di Kuala Kubu Bharu pada Sabtu lepas, (15 Ogos 2015) sangat memberi impak positif kepada saya dan rakan-rakan Gangsta Watakala. Setelah 2 bulan berehat dari keluar melukis kerana bulan Ramadan dan Syawal, yang mana pada bulan Syawal ramai rakan-rakan sibuk menghadiri majlis rumah terbuka. Sesi ini seperti pembuka musim baru sesi melukis Plein-air yang agak lama ditinggalkan. Sesi kali ini disertai oleh saya, Abey Zoul, Azman Nor, Maroz Khuzaini, Jamal Tommy, King Marul, Abah, Wan Borhanudin, Jeremy Lee dan Kartunis Tembakau In da House…

Lokasi kali ini agak menarik dari biasa kerana KKB adalah tempat yang jarang kami dapat kunjungi. KKB menyimpan banyak sejarah kerana kawasan sekitar pekan ini telah mengalami beberapa siri banjir besar yang menyebabkan kerajaan British pada masa itu terpaksa mengalihkan pusat perniagaan ke lokasi sekarang.

KKB selain dari sebuah pekan yang bersih, penduduknya begitu peramah dan sangat berminat melihat kami melukis. Kehadiran kami melukis pekan mereka seakan menjadi kebangaan pada mereka kerana ada orang luar yang sangat menghargai Kuala Kubu Bharu.

Kami menghabiskan sesi ini sekitar pukul 12.30 tengahari dan bertolak terus ke rumah Jamal Tommy di Batang Kali. Kira-kira 10 minit perjalanan dari KKB menaiki kereta. Kami dihidangkan dengan pelbagai juadah makan tengahari seperti Asam Pedas, Udang Penyet, Ulam-ulaman, dan pencuci mulut. Sungguh enak sekali masakkan isteri Tuan Jamal Tommy 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *