Posted on Leave a comment

Lagi-Lagi Kajang

Hari ini Ahad. Semalam, dalam Wasap Grup Gangsta Watakala ada ura-ura kami akan berPlein-Air di sekitar kawasan Bukit Bintang. Lokasi BB di pilih keranan rancangan untuk mengikuti program bersama Pak Aris & Team menghasilkan lukisan saiz besar di Arte@PavilionKL Pavilion selepas habis kami melukis. Lagi pula sahabat kami Jejai, seolah-olah tidak sabar untuk berPlein-Air sambil mengayakan watercolour paint yang baru dibeli, dengan jenama Rembrant. Pergh!

Namun nampaknya rancangan apa sekalipun yang kita buat, atas kehendak Allah jua kalau ianya akan berlaku. Pagi ini, semua orang senyap tidak berbunyi tentang rancangan yang dibuat semalam. Kebiasaanya memang macam tu. Kadang-kadang apabila sudah sepanjang minggu bekerja, hujung minggu badan perlukan rehat dan meminta bersenang-senang di rumah.

Saya memang sudah bersedia sejak awal. Maklumlah kita bekerja sendiri. Cuma pagi ini agak malas rasanya hendak ke pusat bandar KL. Bila semua orang senyap, saya mengambil keputusan ke Kajang sahaja untuk melukis. Kebetulan Sany Misnan pun memang sudah ready untuk melukis bersama.

Kami bermula agak lewat. Lebih kurang dalam pukul 11.00 pagi selepas bersarapan roti canai yang tak berapa masak di sebuah restoran mamak yang memainkan lagu-lagu Rock Kapak di Jalan Besar Pekan Kajang. Kami memilih untuk melukis di kaki lima bangunan di Jalan Mandaling. Saya memilih melukis bangunan di Jalan Besar yang boleh dilihat jelas dari tempat kami. Sany pula memilih untuk melukis satu sudut yang menampakkan sebahagian bangunan Shen Shen She Yar Temple yang tersenarai sebagai salah satu tarikan Kajang Heritage.

Pekan Kajang juga adalah salah satu tajuk bab yang akan di bawa masuk ke dalam buku Sketching Selangor yang bakal terbit pada suku pertama tahun hadapan. Selain Pekan Beranang, Sekinchan, Sungai Besar dan beberapa lokasi lagi di Selangor. Mudah-mudahan.

Sany Misnan merupakan seorang Ketua Unit Kreatif Utusan Melayu dan merupakan seorang pelukis cat air yang menjadi perhatian kerana sering menghasilkan hasil karya yang Osem. Cuma masalah Sany ni, orang busy dan mempunyai 2 waktu kerja. Jadi agak jarang dapat beraksi di ranjang pleinair.

Apa pun, Terima Kasih Sany belanja makan sate Kajang Haji Sidek Rono, berhadapan Plaza Metro Kajang. Memang sedap. Ramai pelanggan kedai ni… Nanti boleh return. 🙂

Posted on Leave a comment

Kedah. Negeri cantik.

BEBERAPA scenery yang terdapat pada lukisan mural di Muzium Padi, Alor Setar. Lukisan realistik pada dinding yang berukuran 8 meter X 100 meter lebih mengelilingi bangunan bulat tingkat atas muzium. Kita boleh terasa berada di kawasan terbuka di tengah-tengah suasana perkampungan sawah padi. Setiap figura dilukis detail dengan aksi kehidupan masyarakat berbilang kaum. Ada suzuki Panther warna kuning. Huhu… Bahagian horizon, pertemuan antara bukit dan dataran serta kaki langit dilukis detail. Saujana mata memandang. Boleh pulak ada kepulan asap hasil dari pembakaran jerami padi agaknya. Mengada betul… 🙂Memang muzium ini antara yang terbaik yang ada di Malaysia. Orang Kedah, kalau tak ke muzium ini, ibarat hidupnya tak cukup syarat. Hihi… Masuk RM5 hinggit je Bai. Apa lagi yang Melayu mahu…?Saya tak pasti adakah ada sentuhan pelukis tempatan pada lukisan ini? Sebab maklumat awal yang saya dapat, ianya dilukis oleh pelukis-pelukis dari tanah besar. Memang boleh nampak pada stroke lukisan ini.Apa pun, pada bahagian-bahagian lain muzium ini memang osem. Kalau rajin nanti saya tulis lah… Tahniah kepada kerajaan negeri Kedah. Tak puas saya berada di sini kerana mengejar masa untuk ke muzium lain. Ada 4 lagi galeri yang kami akan melawat selepas itu. Walaupun 2 daripadanya masih tutup. Terutama Muzium Seni Kedah. Rugi betul…