BEBERAPA scenery yang terdapat pada lukisan mural di Muzium Padi, Alor Setar. Lukisan realistik pada dinding yang berukuran 8 meter X 100 meter lebih mengelilingi bangunan bulat tingkat atas muzium. Kita boleh terasa berada di kawasan terbuka di tengah-tengah suasana perkampungan sawah padi. Setiap figura dilukis detail dengan aksi kehidupan masyarakat berbilang kaum. Ada suzuki Panther warna kuning. Huhu… Bahagian horizon, pertemuan antara bukit dan dataran serta kaki langit dilukis detail. Saujana mata memandang. Boleh pulak ada kepulan asap hasil dari pembakaran jerami padi agaknya. Mengada betul… Memang muzium ini antara yang terbaik yang ada di Malaysia. Orang Kedah, kalau tak ke muzium ini, ibarat hidupnya tak cukup syarat. Hihi… Masuk RM5 hinggit je Bai. Apa lagi yang Melayu mahu…?Saya tak pasti adakah ada sentuhan pelukis tempatan pada lukisan ini? Sebab maklumat awal yang saya dapat, ianya dilukis oleh pelukis-pelukis dari tanah besar. Memang boleh nampak pada stroke lukisan ini.Apa pun, pada bahagian-bahagian lain muzium ini memang osem. Kalau rajin nanti saya tulis lah… Tahniah kepada kerajaan negeri Kedah. Tak puas saya berada di sini kerana mengejar masa untuk ke muzium lain. Ada 4 lagi galeri yang kami akan melawat selepas itu. Walaupun 2 daripadanya masih tutup. Terutama Muzium Seni Kedah. Rugi betul…