
Arte@PavilionKL. Pameran yang menghimpunkan puluhan karya-karya pelukis Malaysia pelbagai medium yang bertempat di Aras 1 pusat membeli belah terkemuka Pavilion, Kuala Lumpur. Pameran ini yang diusahakan oleh seorang penggiat seni dan usahawan iaitu Tuan Nor Azmi Sulong. Beliau sejak dari dulu, telah membawa karya-karya pelukis Malaysia ke seluruh negara dan persada Antarabangsa.
Saya dan Abey Zoul dijemput untuk membuat demonstrasi lukisan cat air pada Sabtu, 7 November 2021. Selain dari pameran lukisan dan jualan, demo lukisan serta persembahan keroncong oleh OKAL, Orkes Keroncong Arief Lukisan yang dipimpin oleh pelukis cat air negara Tuan Maamor Jantan mengisi ruang pameran pada hari tersebut. Alhamdulillah kehadiran sahabat-sahabat pelukis serta pengunjung pameran ini sungguh meriah. Ini adalah antara pameran yang julung kali di adakan setelah Malaysia berhadapan dengan ancaman Covid-19 selama 2 tahun sejak Disember 2019.
Kredit foto : Wan Borhanuddin | Fadzli Zakaria | Nizar | Kak Dila








