Posted on Leave a comment

Lagi-Lagi Kajang

Hari ini Ahad. Semalam, dalam Wasap Grup Gangsta Watakala ada ura-ura kami akan berPlein-Air di sekitar kawasan Bukit Bintang. Lokasi BB di pilih keranan rancangan untuk mengikuti program bersama Pak Aris & Team menghasilkan lukisan saiz besar di Arte@PavilionKL Pavilion selepas habis kami melukis. Lagi pula sahabat kami Jejai, seolah-olah tidak sabar untuk berPlein-Air sambil mengayakan watercolour paint yang baru dibeli, dengan jenama Rembrant. Pergh!

Namun nampaknya rancangan apa sekalipun yang kita buat, atas kehendak Allah jua kalau ianya akan berlaku. Pagi ini, semua orang senyap tidak berbunyi tentang rancangan yang dibuat semalam. Kebiasaanya memang macam tu. Kadang-kadang apabila sudah sepanjang minggu bekerja, hujung minggu badan perlukan rehat dan meminta bersenang-senang di rumah.

Saya memang sudah bersedia sejak awal. Maklumlah kita bekerja sendiri. Cuma pagi ini agak malas rasanya hendak ke pusat bandar KL. Bila semua orang senyap, saya mengambil keputusan ke Kajang sahaja untuk melukis. Kebetulan Sany Misnan pun memang sudah ready untuk melukis bersama.

Kami bermula agak lewat. Lebih kurang dalam pukul 11.00 pagi selepas bersarapan roti canai yang tak berapa masak di sebuah restoran mamak yang memainkan lagu-lagu Rock Kapak di Jalan Besar Pekan Kajang. Kami memilih untuk melukis di kaki lima bangunan di Jalan Mandaling. Saya memilih melukis bangunan di Jalan Besar yang boleh dilihat jelas dari tempat kami. Sany pula memilih untuk melukis satu sudut yang menampakkan sebahagian bangunan Shen Shen She Yar Temple yang tersenarai sebagai salah satu tarikan Kajang Heritage.

Pekan Kajang juga adalah salah satu tajuk bab yang akan di bawa masuk ke dalam buku Sketching Selangor yang bakal terbit pada suku pertama tahun hadapan. Selain Pekan Beranang, Sekinchan, Sungai Besar dan beberapa lokasi lagi di Selangor. Mudah-mudahan.

Sany Misnan merupakan seorang Ketua Unit Kreatif Utusan Melayu dan merupakan seorang pelukis cat air yang menjadi perhatian kerana sering menghasilkan hasil karya yang Osem. Cuma masalah Sany ni, orang busy dan mempunyai 2 waktu kerja. Jadi agak jarang dapat beraksi di ranjang pleinair.

Apa pun, Terima Kasih Sany belanja makan sate Kajang Haji Sidek Rono, berhadapan Plaza Metro Kajang. Memang sedap. Ramai pelanggan kedai ni… Nanti boleh return. 🙂

Posted on Leave a comment

Arte@PavilionKL. Hari bertemu para sahabat.

Arte@PavilionKL. Pameran yang menghimpunkan puluhan karya-karya pelukis Malaysia pelbagai medium yang bertempat di Aras 1 pusat membeli belah terkemuka Pavilion, Kuala Lumpur. Pameran ini yang diusahakan oleh seorang penggiat seni dan usahawan iaitu Tuan Nor Azmi Sulong. Beliau sejak dari dulu, telah membawa karya-karya pelukis Malaysia ke seluruh negara dan persada Antarabangsa.

Saya dan Abey Zoul dijemput untuk membuat demonstrasi lukisan cat air pada Sabtu, 7 November 2021. Selain dari pameran lukisan dan jualan, demo lukisan serta persembahan keroncong oleh OKAL, Orkes Keroncong Arief Lukisan yang dipimpin oleh pelukis cat air negara Tuan Maamor Jantan mengisi ruang pameran pada hari tersebut. Alhamdulillah kehadiran sahabat-sahabat pelukis serta pengunjung pameran ini sungguh meriah. Ini adalah antara pameran yang julung kali di adakan setelah Malaysia berhadapan dengan ancaman Covid-19 selama 2 tahun sejak Disember 2019.

Kredit foto : Wan Borhanuddin | Fadzli Zakaria | Nizar | Kak Dila

Posted on Leave a comment

Kedah. Negeri cantik.

BEBERAPA scenery yang terdapat pada lukisan mural di Muzium Padi, Alor Setar. Lukisan realistik pada dinding yang berukuran 8 meter X 100 meter lebih mengelilingi bangunan bulat tingkat atas muzium. Kita boleh terasa berada di kawasan terbuka di tengah-tengah suasana perkampungan sawah padi. Setiap figura dilukis detail dengan aksi kehidupan masyarakat berbilang kaum. Ada suzuki Panther warna kuning. Huhu… Bahagian horizon, pertemuan antara bukit dan dataran serta kaki langit dilukis detail. Saujana mata memandang. Boleh pulak ada kepulan asap hasil dari pembakaran jerami padi agaknya. Mengada betul… 🙂Memang muzium ini antara yang terbaik yang ada di Malaysia. Orang Kedah, kalau tak ke muzium ini, ibarat hidupnya tak cukup syarat. Hihi… Masuk RM5 hinggit je Bai. Apa lagi yang Melayu mahu…?Saya tak pasti adakah ada sentuhan pelukis tempatan pada lukisan ini? Sebab maklumat awal yang saya dapat, ianya dilukis oleh pelukis-pelukis dari tanah besar. Memang boleh nampak pada stroke lukisan ini.Apa pun, pada bahagian-bahagian lain muzium ini memang osem. Kalau rajin nanti saya tulis lah… Tahniah kepada kerajaan negeri Kedah. Tak puas saya berada di sini kerana mengejar masa untuk ke muzium lain. Ada 4 lagi galeri yang kami akan melawat selepas itu. Walaupun 2 daripadanya masih tutup. Terutama Muzium Seni Kedah. Rugi betul…

Posted on Leave a comment

Klang penuh sentuhan Eropah

Sekitar tahun 2017, kami pernah sampai ke Jambatan Kota dan berjaya menghabiskan satu sesi melukis Masjid Bandar DiRaja Kelang yang terletak di pinggir Sungai Kelang bersebelahan dengan Pasar Jawa. Kami betul-betul berdiri di atas Jambatan Kota yang melintasi Sungai Kelang. Tapi berada di persekitaran kawasan Masjid India Muslim, ini adalah kali pertama. Ianya seperti suasana di bandar lama di Eropah. Gereja, masjid, muzium dan pejabat kerajaan serta kedai-kedai terletak di satu kawasan. Semuanya berdekatan. Bersih dan terpelihara.

Klang Royale Heritage Walk yang diperkenalkan oleh Tourism Selangor telah menyenaraikan 11 tarikan utama Klang sebagai bandar tertua di Selangor yang penuh tradisi, adat resam dan sejarah. Klang juga pernah dijadikan rumah kerabat DiRaja Selangor dan merupakan ibu kota pentadbiran kolonial British untuk Selangor dari tahun 1875 hingga 1880. Antara landmark yang tersenarai di dalam laluan Klang Royale Heritage Walk ialah:

Sultan Abdul Aziz Royal Gallery
The former Chartered Bank (now known as Chennai Silk Sarees)
Royal Klang Club
Alam Shah Palace
Church of Our Lady Lourdes
Klang Convent School
Tengku Kelana Street (Little India)
Indian Muslim Mosque Tengku Kelana
Sri Nagara Thandayuthapani Temple
Klang Fire Station
Gedung Raja Abdullah 

Posted on Leave a comment

Rezeki Anak

Rezeki Anak
Ulu Langat, Selangor
Watercolour on Paper (Baohong)
56 X 38 cm
2020

“Tak payah la susah-susah Abang Zaki…”
“Susah apanya Rubi. Bukan apa pun, barang dapur engkau anak beranak je ni. Nanti bising Kak Kiah engkau kalau aku tak hantar. Risau dia kalau budak-budak tu belum makan.”
“Terima Kasih Abang Zaki. Kirim salam pada Kak Kiah ya… “
“Hmm ya lah. Aku balik dulu…”

Zaki memulas ‘throttle’ minyak motornya meninggalkan rumah Rubi. Dia nak cepat ke surau. Azan dah lama berkumandang. Rubi masih berdiri di depan pintu memerhatikan Zaki sehingga kelibat lelaki itu hilang dari pandangan. Sejak suaminya meninggal 2 tahun lalu, Kak Kiah dan Abang Zaki lah yang menjaga mereka anak beranak. “Ya Allah, engkau kurniakanlah zuriat buat mereka berdua, dan berilah mereka kebahagiaan.” Doa Rubi dalam hati.

Harga : RM800 (Tanpa Frame)